Manakala fokus utama buku teks sejarah terkini adalah tamadun Islam. Buku teks Sejarah terkini tidak memberi pembaca pemahaman tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan negara, kepentingan menanyakan soalan yang betul dan juga tidak menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca. Oleh itu, buku teks sejarah Malaysia terkini tidak mempaparkan sejarah sebenar negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan sejarah sosial. Tumpuan terhadap Kesultanan Melayu Melaka sebagai titik rujukan untuk akar tamadun Malaysia gagal untuk mengambil kira sumbangan masyarakat Bumiputra Sabah dan Sarawak, serta peranan penting Orang Asli, orang Cina, orang India, orang kacukan Asia dan Eropah (Eurasian) dan kaum-kaum lain dalam sejarah Malaysia. Melalui sejarah padi dan beras, wacana tentang sejarah Malaysia dapat dikaji bermula dari pra-sejarah dan merangkumi budaya, tradisi, seni, kraf, muzik, kepercayaan, sejarah lisan, seni bina, pertanian, struktur sosial dalam negara, Asia dan seluruh dunia. Satu contoh yang baik sebagai topik di bawah pembelajaran etnologi adalah dengan memperkenalkan sejarah padi dalam buku teks. Kajian sejarah yang lebih seimbang dapat dicapai dengan memberi perhatian kepada kajian etnologi selain sejarah politik.
0 Comments
Leave a Reply. |